Dasar Privasi
MyTalaqqi 30 Juz · dikemas kini 1 Oktober 2026
MyTalaqqi 30 Juz ialah aplikasi untuk guru mengaji dan pelajar, diterbitkan oleh EDUV TECH (M) SDN. BHD. bersama Oxford Quranic Centre. Halaman ini menerangkan data yang kami simpan, sebabnya dan hak anda.
Data yang kami simpan
- Guru: nama, emel, nombor telefon, nama pusat, dan password (disimpan oleh Firebase Authentication, tidak dapat kami baca).
- Pelajar: nama, nama pengguna, PIN atau password (disimpan dalam bentuk cincang), dan jika diberi, nombor telefon serta emel pelajar atau penjaga.
- Pembelajaran: kedudukan bacaan, penanda (muka surat dan ayat yang disimpan), kesalahan yang ditanda guru, markah, nota dan nota suara guru, jadual kelas.
- Gambar profil guru atau pelajar, jika di-upload.
- Rakaman bacaan yang dihantar pelajar kepada guru. Rakaman ini dipadam secara automatik selepas 90 hari.
- Token notifikasi device, supaya guru dan pelajar menerima peringatan kelas.
Sebab kami menyimpannya
Semata-mata untuk menjalankan kelas: guru menanda dan menyemak bacaan, pelajar berlatih, dan pusat menghubungi pelajar atau penjaga tentang kelas dan program. Nombor telefon dan emel hanya digunakan oleh pusat pelajar itu, dan hubungan tentang program hanya jika persetujuan diberi.
Siapa yang boleh melihat
Hanya guru di pusat yang sama dengan pelajar itu, dan pelajar itu sendiri. Pusat lain tidak dapat melihat pelajar anda. Kami tidak menjual data, tidak memaparkan iklan, dan tidak berkongsi data dengan pihak ketiga selain penyedia perkhidmatan yang menyimpannya untuk kami: Google Firebase (pangkalan data, log masuk, notifikasi) dan Cloudflare (laman web dan storan rakaman).
Analisis AI (guru sahaja, apabila guru menekan Jana Analisis AI): nama panggilan pelajar dan markah kelas, tanpa nama penuh, telefon atau emel, dihantar kepada Cloudflare Workers AI untuk menulis cadangan langkah seterusnya. Data ini tidak disimpan oleh AI dan tidak digunakan untuk melatih model.
Kanak-kanak
Akaun pelajar dibuat oleh guru atau pusat, bukan oleh kanak-kanak sendiri. Maklumat hubungan untuk kanak-kanak ialah maklumat penjaga, diberi dengan persetujuan penjaga.
Keselamatan
Semua sambungan disulitkan (HTTPS). Akses dikawal mengikut pusat oleh peraturan keselamatan pangkalan data.
Hak anda dan pemadaman
Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data anda. Lihat cara memadam akaun, atau hubungi kami di [email protected].
Privacy Policy
MyTalaqqi 30 Juz · updated 1 October 2026
MyTalaqqi 30 Juz is an app for Quran teachers and their students, published by EDUV TECH (M) SDN. BHD. with Oxford Quranic Centre.
What we store
- Teachers: name, email, phone number, centre name, and a password held by Firebase Authentication (we cannot read it).
- Students: name, username, a PIN or password stored hashed, and, when given, the student's or guardian's phone number and email.
- Learning records: reading position, bookmarks (saved pages and ayahs), mistakes marked by the teacher, scores, teacher notes and voice notes, class schedule.
- Profile photos of teachers or students, when uploaded.
- Recitation recordings a student sends to the teacher. These are deleted automatically after 90 days.
- Device notification tokens, for class reminders.
Why
Only to run the classes: marking and reviewing recitation, practice, and letting the student's centre contact the student or guardian about classes, and about programmes only with consent.
Who can see it
Only teachers in the student's own centre, and the student. We do not sell data, show ads, or share data with third parties other than the providers that store it for us: Google Firebase and Cloudflare.
AI analysis (teachers only, when the teacher taps Jana Analisis AI): students' first names and class marks, never a full name, phone or e-mail, are sent to Cloudflare Workers AI to write suggested next steps. The AI does not keep this data or train on it.
Children
Student accounts are created by a teacher or centre, not by children. Contact details for a child are the guardian's, given with the guardian's consent.
Your rights and deletion
You can ask for a copy, a correction or deletion of your data. See how to delete an account, or email [email protected].